Wednesday, May 15, 2013



minta yb baru datuk rusnah adun behrang beri perhatian bajir di pasar dan satu per mintaan surau di perlukan pekan ini.

masjid behrang diminta dapat di jalan  besar rumah murah behrang.
Ă€khir nya berjaya juga comment aku kat blog ni


Friday, January 7, 2011

suhaimi letak jawatan pemuda selangor


iBekas ketua Pemuda Umno Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali menolak tanggapan bahawa beliau diganti kerana gagal menjalankan tugasnya ketika memegang jawatan tersebut.



Sebaliknya, Suhaimi berkata, beliau sendiri yang mahu melepaskan jawatan ketua Pemuda Umno Selangor untuk menumpukan kepada Umno bahagian serta atas urusan peribadi.


Suhaimi yang juga ketua Pemuda Sepang, meletakkan jawatan tersebut pada 3 Januari lalu. Tempat beliau diganti oleh ketua Pemuda Serdang, Ungku Salleh Jamal.

Katanya beliau telahpun menyampaikan hasratnya untuk berundur sejak tujuh bulan lalu, melalui sepucuk surat kepada kepimpinan Pemuda pusat.


"Bukan gagal (memimpin Pemuda Selangor), (tetapi) saya menghantar surat melepas jawatan sejak tujuh bulan lalu.


"Bagaimanapun kepimpinan Pemuda tidak menerima dan minta saya bertahan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.


"Ekoran pertukaran kepimpinan Umno di beberapa negeri baru-baru ini, saya memberitahu mereka, ini masa terbaik (untuk berbuat demikian)... Jadi mereka menerimanya," jelasnya.
Malah, katanya, perkara itu turut diumumkan oleh setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Fairuz Megat Junid dalam satu sidang media pada 3 Januari

"Tidak adil bagi saya memegang jawatan (tersebut), tetapi tidak boleh beri komitmen (sepenuhnya).

"Sepanjang dua tahun, Pemuda Umno negeri berjalan dengan baik, korum mesyuarat kita cukup. Minimum yang hadir 18 daripada 22 orang," katanya.
Menurutnya, kini beliau boleh memberi tumpuan untuk menguatkan jentera parti dan mengekalkan kerusi Parlimen Sepang dan empat DUN di dalamnya dalam pilihan raya umum akan datang.
"Parlimen Sepang adalah satu-satunya kawasan kita menang keempat-empat DUN. Kita nak kekalkan kerusi-kerusi ini," katanya.
Sebelum ini, ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga ahli parlimen Rembau, menyatakan dalam twitternya bahawa Ungku Salleh dilantik menerajui pergerakan itu di Selangor.

Tuesday, December 28, 2010

Selepas Sekolah Mengandung, Kini Buanglah Bayi Di tempat Yang Disediakan

: KPJ Ipoh Specialist Hospital (KPJ-ISH) di sini mewujudkan sebuah pusat perlindungan bayi, yang pertama seumpamanya diwujudkan di hospital di negara ini, dalam usaha membendung gejala pembuangan bayi di samping mengurangkan risiko kematian bayi yang baru lahir.




Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Nasirruddin Harun berkata pusat itu ditubuhkan bagi menyediakan tempat jagaan terbaik kepada bayi malang serta yang tidak diingini oleh keluarga mereka.



“Ia ditubuhkan atas rasa tanggungjawab sosial KPJ-ISH bagi membendung gejala pembuangan bayi yang tidak berdosa ini.



Pusat ini hanya mahu menyelamatkan nyawa bayi serta memberi perlindungan sebaik-baiknya kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat berkenaan di KPJ-ISH di sini, Isnin.



Beliau berkata pusat itu dibuka 24 jam bagi membolehkan mereka yang tidak menginginkan bayi yang dilahirkan boleh meletakkannya di tempat yang disediakan dan akan dikendalikan oleh sekumpulan tenaga mahir serta perunding.



Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman turut dihadiri Pengarah Perubatan KPJ ISH Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah.



Ahmad Nasirruddin berkata KPJ-ISH tidak mempunyai kepentingan untuk mengetahui identiti ibu atau individu yang menghantar bayi ke pusat berkenaan.



Sementara itu, Hamidah berkata kerajaan negeri menyokong penuh program yang dijalankan KPJ ISH kerana ia membantu menangani masalah pembuangan bayi di negeri ini.



Bagaimanapun katanya kewujudan pusat itu bukan penyelesaian kepada masalah pembungan bayi tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi kesedaran di kalangan pihak berkaitan bagi menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.



“Sebelum ini ada beberapa kes membabitkan kematian bayi berikutan dibuang di tempat berbahaya.



Jadi kewujudan pusat perlindungan itu dapat dijadikan satu alternatif bagi menangani masalah itu,” katanya. - BERNAMA



Ulasan GB



Nak kata apa lagi jika ia bukan tanda-tanda kiamat yang semakin hampir?



Tempat buang bayi telah disediakan, sekolah mengandung sudah diwujudkan - persis menggalakkan gejala perzinaan di kalangan remaja termasuk yang di bangku sekolah terus berlaku. Bukannya berusaha untuk menghalangi gejala tersebut.

Wednesday, July 7, 2010

GAMBAR ATOK,WAWA DAN ADIK TATAH,ELA

Kenangan ini di ambil semasa di ulu klang berhenti rehat sebelum balik ke trolak selatan anak ku bersama atok nya.wawa 2 th tatah 2 th ela 9 th tmn wangsa maju
th 2008 

Wednesday, October 28, 2009

1) WAWA TATAH DAN AKU LATAR BELAKANG BAH DEKAT PASAR

BEHRANG BAH BILA HUJAN AGAK LEBAT .TIDAK LAGI IKUT MUSIM .JADI BAH AKAN BERLAKU BILA BILA MASA. SILA LIHAT GAMBAR BANJIR BEHRANG UNTUK RENUNGAN,KITA BERSAMA.PEKAN BEHRANG PON DAH SEMAKIN SEMPIT DAH NAMPAK TAK SESUAI LAGI RAIL KERETAPI BAN NYA TINGGI MACAM PAGAR PENJARA MENAKUTKAN PEKAN BEHRANG.DAH BANYAK SAMPAN DI JUAL KEDAI BEHRANG UTK KEGUNAAN BANJIR NANTI.NASIB BAIK RUMAH KU ATAS BUKIT PALING TINGGI DI BEHRANG.TAK CAYA DATANG TENGOK BELAKANG BALAI POLIS.ITULAH NAMA SEBUAH KG .PADANG TEMPAT ORG BENGKULU TINGGAL.